Salam sejahtera semua sahabat cikgu!!!!
Dulu kalau kita nak memohon pekerjaan dimana agaknya akan kita rujuk untuk dapatkan info??
Ahaa...... "cuba habaq maii dekat Cikgu Kalau betoi Cikgu bagi coklat ehehehe.........."
Apa dia "surat khabaq", minta borang di "pejabat buruh", "sebar berita dari mulut ke mulut"
Ok..... jawapan anda semuanya betul ya itu kaedah dulu yang masih lagi diguna pakai sehingga kini walaupun tidak serancak macam dulu. Disebabkan oleh perkembangan teknologi kini.
Teringat ayah ceq cerita dulu nak cari kerja cari dekat "surat khabaq' tengok satu-satu jawatan lepaih tu yang sesuai dibulatkan pulak dengan pen lepaih tu senaraikan.
Hari ni ceq nak kongsi laman web - laman web yang memang terbaik untuk kita daftar bagi mencari kerja
Pakat-pakat cuba na inshaallah mudah-mudahan kita dapat peluang pekerjaan yang sesuai dengan kita.........
15 LAMAN WEB TERBAIK UNTUK MEMOHON PEKERJAAN
1) SPA Malaysia
Laman web yang tidak asing lagi mesti semua biasa dengaq kan??
laman web dimiliki kerajaan untuk memohon jawatan kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan . Mesti kawan-kawan cikgu biasa dengaq kan nama ni nama mesra SPA ni orang panggil SPA8.
2)JOBSMalaysia
Laman ni laman pencarian kerja secara automatik atas talian yang direka khas oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ni memudahkan kita untuk cari kerja dan para majikan yang mencari pekerja. Semua kemudahan percuma owsem kan .
3)JobStreet
Laman web yang tak asing lagi dan telah wujud sekitar tahun 1997.
Tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia dan popular untuk sektor kerja swasta. Jobstreet juga menyediakan kemudahan mencari kerja di Indonesia,Vietnam,Thailand,Singapore.
4)Jora Malaysia
Ahaa laman ni cikgu sendiri pun baru dengaq tapi ia diantara yang popular sebab pasaran untuk pencarian kerjanya lebih luas berbanding JobStreet.
5)Mystarjob
Platform yang direka oleh The Star Media Group banyak pekerjaan swasta yang disediakan boleh cuba nasib disini.
6)Jenjob
Laman web yang masih baru cikgu rasa direka tahun 2006 direka oleh Jen Software Coporation Sdn Bhd.
7)BestJobs
Laman web yang mengiklankan kalau tak silap cikgu 3001 jawatan sekarang ni jawatan yang diiklankan Engineering, Sales, Accounting dan Administrative.
8)MonsterMalaysia
Diasaskan oleh Jeff Taylor yang mengiklankan tawaran kerja untuk 90 buah negara memang Monster kan ehehehe......
9)Indeed
Setakat ni cikgu tengok dah 14000 kekosongan jawatan dipaparkan semua jawatan dipaparkan hanya di Malaysia cool tak??.
10)Maukerja
Bagi cikgu ni laman web yang bagus untuk mencari kerja sektor swasta . Laman web ni juga menyediakan pelbagai tips dan panduan berkaitan kerja cikgu pun buat banyak rujukan disini.
11)JobsCentral
Laman web ni owsem bagi cikgu sebab dia paparkan testimoni majikan yang menawarkan kerja kepada pekerja jadi mudah untuk kita ketahui perjalanan sesuatu kerja tu.
12)FippoJob
Memaparkan kekosongan untuk seluruh negara di Malaysia platform ni iklankan 9000 lebih kekosongan boleh cuba intai kot kot ada yang berkenan.
13)Recruit
Platform lebih kurang macam FippoJob, Monster yang memaparkan jawatan kosong di seluruh negara termasuk Malaysia.
14)E-Recuirement Sarawak
Direka khas pada tahun 30 jun 2004 untuk jawatan perkhidmatan awam dan dikhususkan untuk orang Sarawak sahaja.
15)Sabah Job Center
Memaparkan pelbagai jawatan sektor swasta khas untuk orang Sabah.
CIkgu nak bagi sikit bantuan inshaallah boleh membantu jika berminat boleh dapatkan Teknik Tembusi Agensi Kerajaan Tanpa SPA8
Masih banyak lagi sebenarnya laman web platform pekerjaan tapi yang cikgu senaraikan ni antara yang terbaik dan mudah untuk dibuat rujukkan.
Harap dapat membantu kawan-kawan cikgu yang cikgu hormati untuk mencari peluang kerjaya yang bersesuaian dengan kawan-kawan semua
No comments:
Post a Comment